Tuesday, August 25, 2009

Resipi: Ayam Masak Kicap


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (potong kecil)
2 biji kentang (potong baji dan gorengkan sehingga masak)
2 biji tomato (potong empat)
1 pokok daun bawang (potong kecil)
3 sudu besar kicap
3 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
1 sudu besar kunyit
5 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan mayang:
1 ulas bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Cara memasak:
1. Bersihkan ayam dan gaulkan dengan kunyit.
2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan-bahan mayang sehingga wangi.
3. Masukkan ayam dan goreng sehingga garing.
4. Masukkan air, kicap dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.
5. Apabila sudah mendidih, masukkan pula ayam, tomato, daun bawang dan ubi kentang.
6. Gaulkan sehingga bahan-bahan serasi dengan kuah.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi Ayam Masak Kicap ini bersumberkan daripada web CARI RESIPI

Custom Search

INFO SYARIKAT

Syarikat kami merupakan pengilang, pengeluar, pembekal dan pengedar pelbagai variasi produk kicap air kelapa.

Syarikat ini adalah 100% milik Melayu Muslim dan beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia.

Syarikat kami menawarkan alternatif kepada kicap soya dengan mempelopori perusahaan kicap berasaskan air kelapa di Malaysia.

Produk keluaran syarikat kami adalah dijamin halal di mana produk kami telah mendapat pengiktirafan halal daripada KOHALAL HUB.

SENARAI PRODUK

Berikut adalah senarai produk keluaran syarikat kami:

Kicap Air Kelapa (Lemak Manis)

HUBUNGI

Telefon: 019-4700759 (En. Wahab)

Email: kicapairkelapa@gmail.com

Alamat Syarikat:
No. 53, Lorong 7, Taman Guar Perahu,
14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang,
Malaysia

Web: http://www.kicapairkelapa.com

Chat @ KicapAirKelapa

Subscribe


Subscribe via email:

Followers

Komuniti & Pelawat


Copyright © 2009 Kicap Air Kelapa Design by: SatuJutaIdea