Monday, August 17, 2009

Kicap Air Kelapa vs Kicap Soya

Sejak sekian lama, para pengguna di Malaysia menggunakan produk kicap pelbagai jenama sebagai bahan penambah perasa dalam masakan.

Pelbagai masakan juga telah tercipta dengan adanya kicap dalam masakan tersebut. Antaranya:
- ayam masak kicap
- daging masak kicap
- mi goreng kicap

Kicap yang digunakan ini adalah berasaskan kepada kacang soya. Kacang soya tersebut diproses dan diperam untuk tempoh masa tertentu bagi menghasilkan produk kicap.

Akan tetapi, sekarang ini telah wujud satu lagi variasi untuk produk kicap iaitu KICAP AIR KELAPA - di mana bahan asas untuk membuat kicap bukanlah kacang soya yang diperam tetapi menggunakan air kelapa.

Air kelapa ini diproses ketika ia masih dalam keadaan segar bagi memastikan keunikan rasa kicap air kelapa dipelihara.

Custom Search

INFO SYARIKAT

Syarikat kami merupakan pengilang, pengeluar, pembekal dan pengedar pelbagai variasi produk kicap air kelapa.

Syarikat ini adalah 100% milik Melayu Muslim dan beroperasi di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia.

Syarikat kami menawarkan alternatif kepada kicap soya dengan mempelopori perusahaan kicap berasaskan air kelapa di Malaysia.

Produk keluaran syarikat kami adalah dijamin halal di mana produk kami telah mendapat pengiktirafan halal daripada KOHALAL HUB.

SENARAI PRODUK

Berikut adalah senarai produk keluaran syarikat kami:

Kicap Air Kelapa (Lemak Manis)

HUBUNGI

Telefon: 019-4700759 (En. Wahab)

Email: kicapairkelapa@gmail.com

Alamat Syarikat:
No. 53, Lorong 7, Taman Guar Perahu,
14400 Bukit Mertajam, Pulau Pinang,
Malaysia

Web: http://www.kicapairkelapa.com

Chat @ KicapAirKelapa

Subscribe


Subscribe via email:

Followers

Komuniti & Pelawat


Copyright © 2009 Kicap Air Kelapa Design by: SatuJutaIdea